do read peoplezz

25 Ogo 2012

BAKAL DOT DOT DOT

Selepas sekian lama aku berhenti untuk meluahkan perasaan kat blog yang usang ini dek kekangan waktu serta otak yg dah kering idea dan hari ini aku kembali sekadar untuk mencoret sebuah cerita yg cukup melukakan hati.

------------------------------------------------------------------------------------


Sebenarnya cukup banyak benda yg berlaku tapi kali ini tangan terasa laju untuk menaip maka aku pun merajinkan diri untuk menulis. Alkisah apabila aku memang terlalu mencintai dia lebih dari sesiapa pun maka aku memberi seluruh perasaan dan jiwa raga untuk disayangi. memang hubungan kami berjalan lancar walaupun kadang kadang ada perselisihan faham yang tak masuk akal untuk berperang besar tapi aku masih lagi 18 tahun dan tak berapa matang untuk memahami.

Tumpukan perhatian kalian di perenggan ini kerana disini aku menulis sejujur jujurnya bahawa punca aku dan si dia bukanlah kerana orang lain tapi keluarga yg kurang memahami perasaan anak muda. hampir 2 tahun aku pendamkan dan menipu insan sekeliling. bukan mahu melebih lebih tapi cukuplah sekadar keluarganya menerima aku seadanya. biarlah aku bermakna di mata mereka. bayangkan belum berjumpa sudah dicerca. maaf bukan untuk membuka aibnya tapi aku sendiri penat bertahan. hati dan iman tak berapa teguh untuk terus berdiam bila diri dihina berkali kali. maaf sekali lagi kerana aku bukan terlalu berbudi bahasa bila diri dipijak pijak. 

Buat kekasihku yang tersayang, saya masih seorang perempuan walaupun pada dasarnya awak melihat saya mungkin seorang yg keras kepala. maafkan saya dengan coretan ini yg mungkin keruhkan keadaan tetapi inilah isi hati saya yang tak dapat saya ungkapkan dengan percakapn.