do read peoplezz

21 Jun 2011

WIDYAIZRIL



        Bunyi petikan gitar itu menggangu pendengaran aizril. sungguh bunyi mendayu dayu itu meresap ke seluruh urat sarafnya. seakan akan memahami apa yg aizril rasakan di saat ini. seakan pemain gitar itu merasakan rindu aizril pada widya. widya gadis yg menyulam cinta bersamanya bertahun tahun namun berakhir di tengah jalan. Dia mengintai dari jendela dan kelihatan pemain gitar itu duduk di laman rumah. dengan berpakaian hampir menutup seluruh tubuhnya pemain gitar itu kelihatan seperti lelaki yang sakit. mungkin!


       Hari ini sekali lagi aizril mendengar petikan melankolik dari lelaki misteri itu. lagu yg dimainkan kali ini berbunyi agak keras. mungkin menyingkap kisah hidup lelaki itu. sunnguh aizril terbuai kerana lagu itu lagu kesukaannya. sekali lagi aizril mengintai dari jendela dan kelihatan lelaki itu memetik gitar dengan penuh keasyikan. muka lelaki itu ditutup seakan berpurdah dan hanya bahagian matanya yang kelihatan. tiba tiba renungan mereka berbalas. aizril terkesima. dia kenal pandangan mata itu!


      Widya menangis. sungguh tidak disangka cintanya akan jadi begini. sungguh dia terkejut akan perkhabaran yang diterima. aizril lelaki yang dicintai ialah abangnya sendiri. bapanya menundukkan kepala apabila rahsianya terbongkar. rahsia yg selama ini disimpan kemas akhirnya terurai. menyesali diri sudah tak berguna lagi kerana ibu aizril dan ibu widya ialah isterinya. aizril dan widya adalah anak anak isterinya. bererti mereka berdua dari hasil benihnya. bermakna mereka adalah adik beradik!


      Aizril menggenggam kemas gambar itu. gadis yg dipujanya itu sudah lama tak ditemui. gadis itu menghilangkan diri apabila sebuah rahsia hitam mereka sekeluarga terbongkar. aizril tidak berdaya berdepan dengan masalah itu lalu dia juga mengambil keputusan berdiam diri sahaja. tiada usaha dia mencari kekasihnya itu yang juga adik kandungnya. sungguh dia terluka walau dia terpaksa menangung rindu yang membuak buak namun hukum agama kembali menarik mindanya kembali ke alam yg nyata. cinta mereka itu haram hukumnya!


     Sungguh aizril tertanya tanya. alunan muzik bertali itu tidak lagi didengari. kemanakah lelaki itu menghilang? mengapakah lelaki itu tidak lagi bermain gitar? aizril berdiri di depan pintu rumahnya. kelihatan lelaki itu berdiri membelakanginya. susuk tubuh lelaki itu sangat kurus. rambutnya pendek. dia mengamati segenap inci tubuh lelaki itu yg tidak lagi ditutupi selubung yang selalu dikenakan. sekilas lelaki itu berpaling memandangnya dan matanya terbuntang. widya! widyanya yg ayu dulu telah berubah menjadi lelaki! ya allah! itulah widya gadis pujaannya. aizril jatuh terduduk!


    Patutlah petikan gitar itu begitu dekat dengan jiwa mereka berdua. sememangnya mereka berkongsi rasa yang sama. RINDU!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan