do read peoplezz

19 Nov 2011

WARKAH

DYLA YAZID..


Cinta itu kadangkala kelihatan indah namun tiba tiba ia bisa membuat kita kecewa dan terluka. Aku sendiri pernah merasai betapa pedihnya pabila terperangkap dalam mainan duka. Sungguh ia ibarat membunuh setiap hembus nafasku dan segala deras darahku. Coretan ini sekadar tulisan yang  lahir dari imaginasi diri sendiri. Mungkin aku terlalu kuat bermimpi hingga fantasi menguasai realiti. Mungkin juga pengalaman hidup memberi aku inspirasi mengarang warkah ini. MUNGKIN...
                                                                                                                                                                                                                                                                     


---------------------------------------------------------------------------------------------------
 
      Adelia mendongak ke langit. kelihatan langit terbentang luas dengan awan yang berarak. kabus putih itu menghalang sinaran cahaya matahari dari memancar dengan teriknya. dia kembali memaku pandangannya ke lautan yang berombak segar. perlahan lahan air matanya tumpah. entah mengapa dirasakan hidupnya kosong tanpa kekasih yang telah pergi. pantas tersedar lalu dia beristighfar. meratapi tidak mungkin membawa kembali aizril ke pangkuan dirinya. aizril telah lama pergi meninggalkan adelia untuk meneruskan sisa hidup di dunia.

     Aizril merenung mata kekasihnya yang amat dicintai. mungkin mencari makna setia yang ditanam dalam diri mereka. aizril tersenyum melihat adelia memandangnya. dia tahu kasih adelia padanya tak berbelah bagi. dia tahu cinta adelia padanya teguh dan kuat. tak mungkin adelia akan mempermainkannya. perlahan lahan tangan adelia diraih dan aizril mengucupnya dengan lembut. walaupun tanpa kata tetapi itu sudah cukup untuk menggambarkan perasaannya pada adelia. adelia tersenyum manja melihat perlakuan kekasihnya. terasa dunia ini milik mereka berdua.

        Pada saat ini hanif berusaha berdiri walaupun terasa kakinya lemah. sakit kian menguasai segenap inci tubuhnya. dia cuba melawan namun makin lama dia terasa dirinya di awangan. darah kelihatan mengalir dari hidungnya dan membasahi marmar putih apartmen bujang itu. hanif cuba mencapai telefon bimbitnya namun tak terdaya lalu dia jatuh terjelepuk bersama kesakitan yang tak bisa ditanggung lagi. air matanya jatuh kerana dia tidak mampu untuk bergerak. nyawanya bagaikan di hujung nafas. dia tidak bermaya lagi dan lama kelamaan pandanganya gelap gelita dan dia terasa dirinya menghilang dari pandangan dunia.

     Bila ada di depan mata tidak diendah namun bila hilang itu yang dicari. adelia mula memikirkan tentang lelaki segak itu. wajahnya yang bersih mula bertandang di benaknya. lelaki itu selalu mengganggunya. lelaki itu tidak pernah sekali berputus asa untuk memikatnya. kadang adelia bingung memikirkan tingkah lelaki itu yang tidak mengenal jemu. setelah berhari hari lelaki itu cuba mendekatinya namun beberapa hari ini lelaki itu hilang begitu sahaja. bagai ditiup angin. datang hanya sementara dan pergi tanpa diduga.

        Aizril berdiri sambil memerhati pesakitnya itu dari jauh. timbul rasa kasihan melihat lelaki itu berusaha untuk berdiri. sudah lama lelaki itu menjadikan hospital ini sebagai rumah kedua kerana kanser yang dihidapinya namun apa yang dilihat dari segi luaran lelaki itu kelihatan sihat dan cergas. cuma kadang mukanya pucat apabila penyakitnya menyerang. sebagai doktor aizril harus bersikap jujur. memang lelaki itu tiada harapan untuk sembuh namun dia menunjukkan sifat yang cekal dan tabah untuk mengharungi sengsara hidup.

       Hanif kembali ke rumahnya semula selepas dibenarkan keluar dari hospital. mujur rakannya, shahrul datang ke rumah pada malam dia jatuh pengsan. segera ambulans datang menjalankan tugas menyelamatkan nyawa seorang lagi manusia. hanif tidak ingin duduk lama di hospital. dia tahu hayatnya akan tamat bila bila masa lalu dia memutuskan untuk menghabiskan hari hari terakhirnya menjalani kehidupan sebagai insan normal. sebenarnya hanif sangat merindui zulaikha. sudah lama dia tidak bertemu gadis pujaannya itu. sikap zulaikha yang tidak memeperdulikannya membuatkan dia terkejar kejar gadis itu. dia tahu pasti satu hari nanti zulaikha akan menerimanya. dia begitu pasti akan perkara itu.

         Adelia memandang aizril dengan penuh persoalan. kekasihnya itu kelihatan resah dan runsing. pasti ada sesuatu yang menganggu fikiran doktor muda itu. adelia yakin pasti lelaki yang dicintainya itu memikirkan hal kerja. walaupun aizril biasa berdepan dengan masalah pesakit namun dia masih seorang insan yang mempunyai perasaan. aizril diam membisu di depan adelia. di benaknya hanya terbayang wajah adam. pesakitnya itu betul betul kuat melawan kanser yang dihidapinya namun dia tidak mampu menipu bahawa adam benar benar menunggu masa untuk mati. entah kenapa dirasakan aura adam begitu kuat dengan dirinya. dia pun tidak pasti dengan apa yang berlaku kini.

         Sekarang hanif benar benar lemah dan tidak berdaya. dia kembali menjadi penghuni tetap hospital. dia tidak mampu lagi berjalan. hanya kerusi roda menjadi pembantu untuknya bergerak. tiap petang hanif menaiki kerusi rodanya dan duduk di taman hospital sambil memerhati kelibat penunjung yang lalu lalang. dia begitu mengharapkan zulaikha datang menemuinya. dia teringin zulaikha menemani hari hari terakhirnya. dia berharap dapat menghabiskan akhir hayatnya bersama gadis yang dicintainya itu. dia mahu menghembuskan nafas terakhirnya di riba zulaikha. biar matanya terpejam lena dalam dakapan gadis ayu itu.

        Adelia berjalan sambil mencari cari bayangan aizril di perkarangan hospital. dia mahu memberikan kejutan buat lelaki tampan itu. dalam masa dia memandang sekeliling terasa pandangannya menangkap wajah seorang lelaki yang amat dikenali. lelaki itu kelihatan berbeza dari sebelumnya. tiada lagi segak dan tampan terlihat tetapi badan yang kurus dan muka yang cengkung dari bentuk fizikalnya. adelia sangat terkejut melihat hanif menjadi seperti itu lantas dia menghampiri hanif dan memberikan salam. hanif kelihatan terkejut lalu air matanya jatuh dengan tiba tiba. ALLAH telah kabulkan permintaannya. adelia zulaikha , gadis yang telah membuatkan dia jatuh hati telah datang.

        Adelia mengusap dahi hanif dengan penuh kasih sayang. dia amat menyayangi lelaki itu. dia mahu menunaikan permintaan hanif. dia mahu menjadi orang yang terakhir hanif lihat pabila lelaki itu pergi buat selamanya. dia tahu hanif hanya akan sembuh semula jika ada penderma hati yang sesuai. adelia sendiri ingin menderma hatinya jika boleh namun aizril menentang keras. aizril sendiri sudah makan hati dengan apa yang terjadi. aizril sanggup menutup mata pabila melihat adelia bermesra dengan hanif. aizril tahu adelia serba salah dengan apa yang terjadi namun mereka bertiga tiada pilihan. aizril sebak pabila mengenangkan cintanya yang seolah dikhianati tetapi dia cuba berfikir positif. dia tidak sanggup kehilangan adelia walaupun dirinya kini berkongsi kasih dengan pesakitnya sendiri ,  adam hanif.

        Aizril terbaring di atas katil bedah dan di sebelahnya adam. dia mengenggam erat tangan adam. aizril dibius dan dia tidak sedarkan diri dan perlahan lahan matanya tertutup rapat. adelia berjalan mundar mandir di luar dewan bedah. dia sangat berharap pembedahan hanif akan berjaya. dia ingin melihat hanif kembali sihat sambil itu dia tertanya tanya siapakah penderma hati bagi hanif. dia cuma tahu lelaki itu bernama murshidin. tidak banyak tentang penderma itu yang diketahuinya seakan identiti penderma itu dirahsiakan namun itu tidak berapa penting. yang adelia tahu dia mahu hanif kembali sembuh dan sihat seperti orang lain.

         Beberapa jam telah berlalu dan adelia sudah penat menunggu. dia kembali berdiri dan dan berpusing pusing di luar dewan bedah. pintu dewan bedah dikuak perlahan dan seorang doktor perempuan keluar dan memandang adelia dengan sayu. adelia kenal doktor itu. doktor perempuan itu rakan sekerja aizril , julia. doktor julia segera menghampiri adelia dan meminta maaf. dia tidak mampu menyelamatkan hanif. adam hanif telah pergi buat selamanya. keadaan menjadi hening seketika dan tersekat sekat doktor julia menyampaikan bahawa juga dia tak berjaya menyelamatkan aizril. doktor julia gagal menyelamatkan murshidin aizril! adelia kaku tidak berkata. dunianya kelam dan degupan jantungnya mula berdegup perlahan. adelia merasakan nyawanya bagai melayang.

        Dalam sekelip mata kedua insan yang amat dicintainya telah pergi begitu sahaja namun dia rasa terkilan kerana di saat saat akhir itu dia tidak memperdulikan aizril. bertahun dia menyulam cinta bersama kekasihnya itu dan kerana konflik mereka seperti terjerat dalam permainan dunia. dia tidak mengerti mengapa aizril mendermakan hatinya pada hanif malah segala perbuatan itu dirahsiakan. adelia tidak menyangka kehidupannya menjadi begitu rumit sekali. segala kenangannya bersama aizril kembali bermain di fikiran dan air matanya tumpah. terasa sayu hatinya dengan apa yang berlaku. adelia juga sangat sedih sengan pemergian hanif. walaupun hanya sekejap mereka berkongsi sayang namun itu sudah cukup memahat nama adam hanif dalam hatinya. adelia mengenggam sekeping surat yang dihantar kepadanya. bersama jambangan bunga ros merah yang semakin layu , adelia membuka warkah itu perlahan lahan..

       Adelia zulaikha,
Awak masih ingat bila saya selalu cubit pipi awak bila awak marah? awak nampak comel sangat masa tu. nanti kan bila tengok pipi awak merah mesti saya sengih sorang sorang. kelakar pun ada kan. lia, awak da janji kan nak kahwin dengan saya? awak cakap dengan saya nak bagi anak yang comel comel dekat saya. awak nak mata anak kita sama macam mata saya kan sebab mata awak sepet. awak tahu tak yang saya lepas solat mesti doa supaya kita dapat hidup bersama. saya nak kita kahwin , dapat anak dan bahagia sampai tua. saya nak sangat nanti bila awak da berkedut lepas tu takde gigi tapi awak masih cium pipi saya macam selalu awak buat. saya sangat rindukan awak lia. saya tak salahkan sesiapa dalam hal ini dan saya tekad untuk buat awak gembira. saya ikhlas dermakan hati saya untuk adam. saya nak awak tersenyum. bukan saya tak sayang awak lia tapi mungkin ini jalan terbaik. biar saya mengundur diri. saya nak awak sentiasa bahagia. saya takkan lupakan awak walaupun nanti saya da takde kat dunia ni. ingat la bahawa saya sentiasa cintakan awak adelia zulaikha. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan