do read peoplezz

23 Dis 2011

GADIS



 Dia berharap dirinya masih lagi sekuntum bunga yang mekar berkembang. sekuntum bunga yang mewarnai dunia kehidupan dari suram dan hitam...


      Untuk menyesal pastinya sudah terlambat. tidak sama sekali mahu menyalahkan insan lain kerana dia tahu semua itu berlaku pasti ada hikmahnya. tragedi itu mengajar dia dekat kepada TUHAN. takut kepada laranganNYA dan meninggalkan segala dosa. segala apa yang terjadi walaupun bukan atas kehendak dirinya sendiri tapi waktu itu dia cukup sedar tentang permainan kelam yang bakal menjadikan dirinya terhina dan usia remajanya musnah. tetapi bisikan syaitan bijak mengatur langkah agar anak adam tersesat dan mengikuti langkah iblis masuk ke neraka jahanam.

Kini , benih itu membesar dan terus bernafas didalam kantung ibunya. melalui kehidupan embryo didalam perut ibunya yang kian membesar, kini anak itu telah menjadi feotus dan cukup sifatnya malah hanya menunggu masa untuk melihat sebuah harga kehidupan. Tetapi bagaimanakah anak kecil itu akan menempuhi hidup dengan namanya berbinkan ABDULLAH?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan