February 14,
-Aku tahu ia bukan budaya islam untuk menyambutnya malah haram jika kita meraikannya.-
Kekasih? insan mana yang tidak mahu bercinta? Cinta itu satu perasaan yang cukup indah. Aku sendiri punya seorang kekasih yang sangat baik. Sebenarnya warkahku ini untuk si dia. Aku menulis ini hanya untuk dia. Sungguh cinta ini untuk dia!
Kalian pernah mendengar cerita Taj Mahal? Cerita keagungan cinta Shah Jahan terhadap isterinya, Mumtaz ibarat tiada tandingan. Shah Jahan sanggup membina satu monumen yang terlalu indah kerana cinta yang sangat mendalam terhadap pasangannya. Pejamkan mata kalian dan bayangkan pada tahun 1632 yang tiada kemudahan teknologi untuk membina satu bangunan yang besar, bagaimana Taj Mahal boleh tercipta? pastinya beribu manusia mengerahkan tenaga mereka hanya kerana satu perasaan bernama cinta. Hebat bukan?
Cinta itu satu perasaan yang cukup misteri. Ia tidak boleh diduga malah kadangkala kehadirannya datang tanpa diundang tapi apabila sekali ia muncul pasti kehidupan berubah 360 darjah! pasti memberi impak yang besar dalam kehidupan seseorang! tetapi ingatlah bahawa cinta antara manusia ada batasnya. Cinta antara manusia tidak seagung mana bahkan suami isteri yang bersatu dengan ikatan yang sah juga bisa bercerai sekelip mata apatah lagi insan insan diluar sana yang kononnya asyik bercinta hingga hilang dalam dunia ciptaan mereka sendiri.
Sungguh,
Aku mengharapkan cinta kali ini dirahmati ALLAH. Aku mengharapkan cintaku ini berpaksikan kesucian malah diredhai maha pencipta. Aku mohon direstui ibu bapa kedua pihak agar hidup kami tenang dengan cinta yang berlandaskan agama. Aku harap cinta ini diakhiri dengan perkahwinan. Yang SAH itu lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan