Che Dio vi benedica
Gibson, Finder, Morrison, Yamaha ?
Sejak dari kecil aku amat meminati bidang muzik. Satu bidang seni yang unik dimana bunyi memainkan peranan utama. Dengan muzik, aku mampu mengekspresikan rasa jiwa dan hati. Kadangkala, kita sebagai manusia tak lepas dari melakukan kesilapan. Begitu juga aku. Kalau diikutkan pada masa ini, aku rasa dengan umur yang masih 'hijau' dan terlalu 'baru' dalam mengenal dunia mungkin sudah tidak terhitung kekhilafan yang terhasil dari diri sendiri. Apa yang cuba aku sampaikan ialah apabila seseorang merasakan dirinya terlalu 'down', muzik boleh menjadi terapi yang baik. Menjadi teman kala diri merasa sunyi. Terpulang pada kalian sama ada mahu mendengar muzik atau bermain muzik. Keduanya mempunya aura yang sungguh kuat dimana gelombang bunyi ini boleh mencetuskan perasaan yang 'pelik' malah kemungkinan akan menjadi berhantu seperti lagu 'GLOOMY SUNDAY'.
'GLOOMY SUNDAY' merupakan sebuah lagu yang dicipta oleh seseorang yang meluahkan rasa kecewa didalam lagu tersebut akibat putus tunang. Mungkin kerana perasaannya terlalu 'kuat', lagu itu seakan diresapi rasa patah hati. Pencipta lagu ini juga membunuh diri malah ramai orang yang mendengar alunan melankolik lagunya juga membunuh diri. Ini bukan omongan, aku sendiri pernah menonton sebuah cerita yang bertajuk 'KOVAK BOX' yang memerihalkan sebuah lagu yang bisa membunuh manusia dengan mendengarnya. Pada mulanya aku merasakan itu hanya rekaan untuk 'perasa' sebuah filem tetapi apabila aku sendiri menggunakan medium internet untuk mencari maklumat dan sungguh 'GLOOMY SUNDAY' itu benar.
Sebenarnya aku amat meminati gitar dan piano. Bagiku keduanya mempunyai satu kuasa yang mampu mencetuskan perasaan luar biasa. Aku mahu meluahkan rasa melalui alunan muzik hasilan sendiri. Sekarang aku cuba berusaha untuk mempelajari seni bunyi yang amat dikagumi ini. Memang banyak manusia diluar sana yang aku rasa lebih lama atau lebih 'masak' dengan dunia seni bunyi tetapi apa yang aku mahukan ialah satu irama yang dihasilkan oleh diri sendiri yang dimana aku puas mendengarnya. Dimana ia aku lahirkan telus dari jiwa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan