Che Dio vi benedica
Masalah sentiasa datang walaupun tak diundang. Namanya ALLAH mahu menguji kita. Berbekalkan redha, hadapilah ia dengan kesabaran.
Ini bukan masalah aku tapi ini masalah orang yang aku sayang. Orang yang paling rapat dalam hidup aku malah aku mencintai dia. Ini masalah si dia yang dimana aku merasa tempiasnya. Cubit paha kanan, paha kiri yang terasa.
Bukan tidak bersikap matang apabila terlihat semacam lari dari kesalahan. Kesalahan? bagi mereka mungkin begitu. Pasal duit pasti ada saja yang bisa membuat dunia menjadi kacau bilau. Aku yang selalu berada disisinya. Hampir setiap masa aku bersamanya dan aku tahu segala apa yang berlaku dalam hidupnya. Masa dan wang kuhabiskan untuk dia kerana aku sangat memahami perkara perkara yang kalian tidak nampak dalam dirinya.
#
Senang kan bila bercakap? korang semua tuduh aku macam aku yang dok kikis duit dia. Korang tak nampak apa yang terjadi so jangan nak banyak bunyi. Banyak duit aku habis untuk dia. Bukan nak ungkit tapi aku cuma nak bgtau yg apa yg korang ckp tu salah. Dari dia start berhenti belajar sampai sekarang aku banyak bantu dia. Dari makan hingga ke minyak kereta sampai ke rokok aku yang beli. Cuba kau tanya dia bila last dia beli rokok sendiri, isi minyak pakai duit sendiri and dalam dompet dia ada duit untuk beli makanan?! bukan nak bermegah dengan apa yang banyak dihabiskan dan ini bukan untuk aku jatuhkan airmuka dia tapi aku hanya nak betul kan kenyataan tak berasas yang keluar dari mulut orang macam kau semua. Kau cakap dia tak datang lepak and tak main futsal kan? mcm mana nak main kalau duit tak ada? beberapa minggu yang lepas pun aku yang bayar duit futsal bila dia nak main. Nak lepak? dia tak ada masa untuk semua tu. Dia berkerja dan bergaji lagi sikit dari aku dan bayangkan dia ada banyak perkara yang nak diselesaikan dengan duit tu.Susah nak aku ceritakan semua disini. Kau semua tak akan faham. APA YANG KAU TAHU? BERCAKAP GUNA LUTUT BOLEH LAH!
Harap dia dapat bersabar dengan semua ini. Tak sanggup rasanya lihat dia menitiskan airmata kerana perkara bodoh yang kalian semua lakukan. KALIAN YANG BERGELAR KAWAN?! CELAKA!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan