Tidak mampu aku ucapkan dengan kata kata saat pertama kali melihat gambar ini. Ia sungguh cantik dan apa yang kini berada di minda ialah aku membayangkan pathway ini menjadi saksi aku dan dia berjalan tika hari perkahwinan kami!
Alahai rasanya besar sungguh impian aku! Ibarat cerita twilight kononnya! romantik! walaupun kami tidaklah sehensem/secantik mereka tapi itu impian aku! aku disini untuk highlightkan pasal impian. Impian aku dan impian dia.
Memang aku masih muda dan orang kata jauh lagi perjalanan hidup kalau umur masih panjang tapi kadang kadang aku rasa aku tua dari umur remaja ini. Waktu ini aku memang busy mengalahkan perdana menteri melihat peluang peluang melanjutkan pelajaran. macam melihat masa depan sebab aku da bayangkan lepas belajar kerja dan kahwin dan kahwin dan kahwin dengan dia! see! belum masuk U da nak kahwin kan. Tak tak sebenarnya ini impian aku. yang sebenar benarnya ini impian aku..
#
Aku mahu melanjutkan pelajaran walaupun result SPM tak cemerlang sangat and aku janji yang aku mahu belajar bersungguh sungguh tak kira walau apa course yang aku dapat.
Aku nak kerja selepas da habis belajar dimana kerja tu mampu mengeluarkan aku dari status sederhana. aku memang kuat belanja. perangai yang susah nak diubah sejak azali.
sekejap!
apa yang aku mengarut ni?
tak tak aku tak mengarut! sebenarnya impian aku susah nak diluah dengan kata kata. rasanya tiada siapa memahami post ini. maaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan